Saturday, April 24, 2010

Cocuriculum

مر حبان

Bila dikatakan wajib ambik kokurikulum, pasti budak universitiku mengeluh. Huh~ ala-ala begini. Ya, mengeluh. Semua bajet tensi dan kalau boleh nak 'skip' kos ni. Bukan apa, kita org kan universiti kejuruteraan, it dan business. Apa kes kokurikulum ni! Ya, beginilah bisikan hati dan nurani ikhlas seorang pelajar utp. 

Bagi penulis, yang tinggal lagi satu kokurikulum yang wajib dihabiskan semester ni memanglah terasa beban. Ya, beban. Mana tidaknya, penulis bukan sahaja sudah masuk tahun terakhir tahun ni, tapi semester terahkhir juga. Subjek ini sepele bagiku...argh..apa sahajalah subjek kokurikulum ni..

Memandangkan tiada jalan lain melainkan aku kena enroll subjek ni pada semester ini jugak, aku pun mendaftar diriku di bawah permainan musik caklempong. Musik tradisional yang diadaptasikan daripada sumatera barat. Asal namanya talempong, tetapi diinovasikan dan dinamakan caklempong di Malaysia. Diiktiraf musik tradisional Malaysia. Biasalah Malaysia. huhu..wut can u say.

Kelas pertama caklempong penulis 'skip'. Bukan sebab malas ya, tetapi ada career fair cara-cara nak interview. Terpaksalah ponteng dengan sengaja kerana ada sebab. Bukannya tak ada sebab.

'Mana boleh ponteng sesuka hati, bayar utp mahal kot. walaupun caklempong',bisik hati penulis dan rakan-rakan yang lain.

Ya2, tak tipu, sebab kelas berikutnya penulis tak ponteng pun. Kalau tak caya, cuba tanya cikgu. Attendance full. Yup, betul.

* muka cikgu

Sesi yang pertama caklempong penulis dan rakan-rakan yang lain belajar pasal pengenalan alat-alat muzik caklempong. Alat yang pertama penulis pelajari adalah gendang anak. Ya, gendang anak. Bukan sebab gendang anak tu senang, tapi jiwa penulis kencang bak pukulan gendang. Yup, tepat sekali. Tak tipu. Boom! Pak! Boom! Pak!Boom! Pak! Ya, hampir-hampir seperti itulah. Adapun alatan lain adalah gereteh, tingkah, sauwa dan juga gendang ibu. Alatan lain pun tidak kurang ke'best'annya. Cuma gendang anak kurang sikit node2 nya. Bukan senang ya.. Kelas caklempong penulis bermula pada pukul 11 pagi hingga pukul 1 petang. Entah bagaimana kelas yang pertama penulis rasakan masa berlalu seperti cepat sekali. Kalau ikutkan hati nak tambah masa bermain peralatan caklempong.

Begitulah kelas-kelas yang berikutnya. Minggu demi minggu masa berlalu sehinggalah hari ini. Tapi hari ini lain sikit. Hari ini kena buat persembahan sempena dengan 'Cocuriculum Day'. Ya, persembahan caklempong. Persembahan apa lagi. Bukannya nasyid, battle of the band ka, ya, bukan. Hanyalah sekadar persembahan caklempong.

Sebelum penulis menceritakan kisah yang berlaku pada hari ini, baik kita singkap kembali sepintas lalu 2 minggu yang lepas. Hari di mana penulis menerima panggilan daripada seorang rakan seperjuangan caklempong. Memberitahu wajib untuk menyertai persembahan pada hari berkenaan. Arghh..persembahan lagi..detik hati penulis. Terpaksalah menghabiskan masa beberapa hari untuk berlatih caklempong.

Sampailah persembahan caklempong pada pagi dan petang tadi. Sekadar untuk pengetahuan pembaca-pembaca setia penulis, tatkala penulis menulis posting ini, persembahan sudah berlalu beberapa jam yang lalu. Seharian penulis dan rakan-rakan daripada kumpulan yang sama menghabiskan masa untuk persembahan ini.

Ya? Bagaimana penulis rasa?

Satu perkataan. Penat. Tapi puas. Ya, plus hepi sekali. Lama dah tak rasa sebegini.

Ternyata tanggapan-tanggapan awal penulis terhadap kokurikulum dan caklempong berbeza sama sekali. Penulis bukan hanya dapat keseronokan tapi penulis juga dapat belajar sesuatu daripada pengalaman ini. Ya, sesuatu. Harap-harap pembaca setia dapat point nya.

Itulah sahaja posting untuk kali ini. Moga-moga bermanfaat. Haha, moga2 lah. :)

  مع السلا مة

* Gambar-gambar nostalgia caklempong akan di uploadkan kemudian.

No comments:

Post a Comment