Friday, April 16, 2010

Lagi ttg aku

مرحابن

Umurku sudah mencecah 23 tahun. Aku tak ada harta yg bnyk maupun aweks yg lawa. Adakah itu tandanya aku seorang loser?? Kalau jawapannya ya, maka ramailah loser2 yg berada di luar sana..kerana keadaan mereka papa seperti aku. Yg mama pun tidak kurangnya.

Jawapan yg sebenarnya adalah tidak sama skali. Ya, tidak. Aku konfem. Aku adalah lelaki sejati, tidak mengejar wang maupun perempuan2 untuk dijadikan 'teman hidup' buat selamanya seperti yg diclaimkan ramai pasangan tetapi hakikatnya hanya untuk beberapa bulan sahaja. Mungkin untuk beberapa hari sahaja. Oh, tidak..merekalah yg loser. Haha, sungguh loser skali. Bnyk kali kena reject. Record aku, skali try, terus mengena. Ternyata aku bukan loser. Mungkin si loser2 ini harus bertaubat dari melakukan dosa2 yg terkutuk ini. Bukan apa, bnyk berita dah sekarang neh. Dah puas, pas tuh buang sana sini. Harap2 pembaca setiaku faham ye. Ya, aku tau korg faham. Masakan sudah terbiasa dengan penulisan aku bukan. Walaupun hanya baru 1 posting dikeluarkan. Rate views sudah mencecah 2000 orang. Walaupun baru hanya beberapa minit aku menulis posting yg pertama. Tapi ini aku tidak pasti. Mungkin ya ataupun tidak. Yang tidak pasti aku katakan tidak pasti ya.

Balik semula apa yg kita ngomongkan tadi, ramai dah anggap kes2 seperti ini dah biasa dah.. angka kes pun dah meningkat..bila aku fikirkan kembali ataupun penggunaan kalimah lain sejenak, adakah ini salah kerajaan yg tidak membendung masalah2 ini...mampukah kerajaan hendak monitor setiap individu dalam masyarakat..ataupun menyekat laman2 web..menutup bar2 dan pub2 dan yg seangkatan dengannya.. kalau ditutup, mestilah dikatakan kerajaan tidak 'open' pula. HUh~susah skali jadi org yg memimpin ya...nak mencapai setiap expectation atau demand setiap org memang lah susah. Cabaran besar skali. Cabaran besar habuan pun tidak kurang besarnya...

Bagaimanapun, dalam kehidupan, kita harus ada pegangan dan solusi. Ini aku serahkan pada pembaca dengan ideologi2 dan pegangan hidup masing2. Yang penting, setiap perubahan yg kita inginkan harus dimulai dengan diri sendiri....ya btul, dengan diri sendiri. Oh...aku insaf. Sekejap.

Ok, sambung balik. Pendapatku berkenaan dengan seorang loser yg tidak ada harta akan ku post kan dalam posting yg lain. Insyaallah. Pembaca setiaku. Harap bersabar ye. Tiba2 aku terasa ingin berhenti. ok, اهلان وسهلان. 

Sekadar tempelan biasa.

Penulis ketika berasa di puncak gunung kinabalu. Harap2 ini akan meraih populariti blognya. Cuba lihat makhluk yg hujung sebelah kiri tuh, yg  membuat lambang 'peace'. Ya, dia. Penulis dan rakan2 tidak kenal siapa si cipan ini. Tetapi dia x nak blah ketika penulis dan rakan2 yg lain nak tembak gambar. Tanpa semena2, dia pun termasuk jugak. Nasib baiklah energy kitaorg dah low. Kalau tak, ish3...papepun thanx kerana sudi bukak blog nih. Sengaja mahupun kebetulan. Akan ku jadikan titik tolakku untuk posting2 yg mendatang. Doakan kejayaan blogger kerdil ini. :)  

No comments:

Post a Comment