Friday, April 16, 2010

Politikus.

Politik di Malaysia adalah suatu isu yang pelik. Politik di Malaysia berasaskan tema 'condemn the others, let we arise'. Sudut di benak jiwaku yang luhur ini, moga2 lah, hanya sebagai seorang pemerhati, seorang rakyat yang dilahirkan tidak pernah merasa kepayahan yang amat, aku rasa bersyukur. Kenapa ya? Mungkin in the first place aku tidak pernah merasa kepayahan yang datuk nenek aku pernah alami suatu ketika dahulu. Sengsara, pahit dan kepayahan yang lain ketika di zaman penjajahan dan pertukaran kerajaan. Begitulah menurut kata-kata datukku kepadaku. Seorang yang aku amat hormati dalam hidupku. Beliau banyak mengajar erti kehidupan padaku.

Kembali kepada politik di Malaysia ya..aku selalu melalut. Sorilah, mungkin ini adalah stail ku dalam menulis. Yalah, setiap orang mempunyai stail masing-masing bukan.. . . .urm.huh~baik2lah, akan ku tingkatkan mutu penulisan ku pada masa akan datang, Insyaallah. Yang penting hajat tercapai bukan. Bagi aku, politik di Malaysia memberikan suatu gambaran yang tidak positif(not to say negative) tentang pola pemikiran masyarakat kita. jgn dibangkitkan pola pemikiran penulis. Kerana ia bukan suatu isu yang dibincangkan di sini ya..Baik di peringkat paling rendah mahupun atasan. Cuba kita ambil contoh Amerika Syarikat, sebuah negara maju. Ya, memang maju. Tidak dapat disangkalkan lagi. Hillary Clinton yang menjadi opposition Barack Abama suatu ketika dahulu diangkat menjadi secretary of state di bawah Barack Obama sendiri! Wah, begitu sepele ya.. Mungkin ramai yang mengetahui hakikat ini, tetapi ramai yang enggan menerima rasionalitinya kerana ia adalah suatu daripada america.

Aku akui, aku adalah rakyat Malaysia. Dibesarkan di bawah pemerintahan kerajaan yang..masih memerintah pada masa kini. Tapi keadaan politik sekarang sudah berubah daripada apa yang aku alami ketika suatu ketika dahulu. Kini keadaan politik lebih meriah.. Ramai pihak menaikkan tangan dan berkata begini dan begitulah cara memerintah. Aku sesak. Bukan kerana jam di jalan raya ataupun sebab2 yang lainnya, tapi kempen politik yang tak habis-habis. 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Ya, last quote mungkin memberi aku sedikit kelegaan. 'Pencapaian diutamakan'. Inilah yang rakyat inginkan. Sungguh bagus sekali quotation ini. Aku doakan agar agar ia benar2 tercapai. 

Aku berkata begini bukanlah aku seorang yang sangat prokan kerajaan. Tapi, pertama, obviously,aku tidak pernah menjadi perdana menteri.. Betul, tidak tipu. Betapa beratnya beban memikul tanggungjawab sebuah negara Islam yang di mana masyarakatnya masih berfikiran rendah. Opss, harap maaf. Ya, sudahku minta maaf.. yang kedua, kerajaan yang memerintah adalah ulil amri yang harus dipatuhi. Asalkan pemerintah tidak menyuruh berbuat maksiat, maka haruslah kita mentaatinya. Adapun orang yang berbuat maksiat adalah kerana disebabkan kehendak dia sendiri. Jangan difikirkan apa yang kerajaan buat, tapi tanyalah di sudut benak hati diri yang paling jauh dan dalam(seperti yang selalu dilakukan oleh penulis) apakah yang telah kita lakukan. Yang madi mahupun yang mudori'. Pemimpin yang kita ada sekarang adalah hasil daripada daripada rakyatnya sendiri. Padan muka rakyat. Haha, rasakan. Tapi, janganlah kita merasa susah hati dengan perkara sebegini, kerana demikian itu sunnatullah. Sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Rasullullah s.a.w dahulu pernah ditawarkan kerajaan oleh kaum muyrikin Makkah tetapi ditolaknya. Harap2 korang faham maksud tersirat ayat ini. Begitu pula kisah Imam Ahmad yang dipenjara oleh kerajaannya ketika itu gara-gara dia menafikan Al-Quran itu adalah makhluk. Apa kaitannya dengan kisah di atas? Ya, Imam Ahmad redha dan tenang walaupun dipenjara dan diseksa walaupun pengikutnya sudah bersedia untuk berperang deminya. Kenapa Imam Ahmad membiarkan? Kerana dia masih mentaati ulil amri pada masa tersebut. Kalau pergolakan berlaku, akan pasti kejadian yang lebih tidak diingini akan berlaku.

haha, berleter sekejap. Bukan apa, sekadar perkongsian. Enjenan bermaksud ide-ide spontan. Aku pening, bukan biasa menulis panjang2 nih..maklumlah, sudah lama tidak menulis. Bachelor pun dalam bidang kejuruteraan. Bilalah masa hendak menulis kan. Tapi xpe, aku cuba. Demi pembaca2 setia ku. Aku tetap berusaha. Ya, senantiasa. Menulis tiga entries setakat ini dalam masa satu hari adalah achievement bagiku. Anda bagaimana pula ya....

Walauapapun, politikus di Malaysia haruslah diubah. Mungkin tatkala umurku 40 an ataupun 50 an baru aku melihat suatu yang positif dalam politik di Malaysia. Harap2 anda dapat suatu yang tersirat yg penulis hendak sampaikan. Tapi, terpulang lagi kepada setiap individu hendak menilai bagaimana..haha. Oklah, hai2 bye2....اهلان وساحلن

Tempelan Suka Suki.

Penulis bersama rakan-rakan universiti di Masjid AlBukhary, Alor Setar, Kedah. 2009.

semuanya ceria2 belaka. Biasalah...

No comments:

Post a Comment