بسم الله الرحمن الرحيم
Posting ini aku tulis semasa di yogjakarta tahun lepas. Ini adalah satu-satunya posting yang aku buat dan simpan. Bila difikirkan kembali, alangkah baiknya jika aku mengetahui fungsi blog pada ketika itu dan meng'utilizekannya. Tapi xpelah, nak buat mcm mana kan. Orait, this is it. Nothing much. A part of my story.
___________________________________________________________________
20 December 2009 Cyber-Cafe, Kawasan Pogung, Yogjakarta.
Bingit telingaku mendengar 'speaker' yg terpasang tepiku...dekat saja padaku..bukan aku sengaja tak nak perlahankan suaranya, tapi bukan aku yg punya. Lagu2 yg dimainkan pun aku tak tau lagu apa..pertama kali mendengarnya. Maklumlah, lagu indonesia mana entah.
Bagaimana takdir tuhan telah menetapkan aku berada di sini. Untuk merasai suasana di salah sebuah pekan kecil jujur Yogja, Pagongan namanya. Di dalam sebuah cc di sini. Sangat murah sewanya, dalam 2500 rp / jam (2800rp = RM1).
Inilah antara impianku. Untuk merasai hidup di luar negara. Jauh dari keselesaan yang melekakan di rumah mahupun di tanah air. Penduduk di sini sangat ramai dan rumahnya padat2. Apatah lagi kawasan ini adalah kawasan penetapan pelajar-pelajar Universitas Gadjah Mada. Yang terbesar di Indonesia katakan. Suasana di sini sangat unik. Dengan daripada permerhatian kecil ini, sebahagian penduduknya hidup dalam keadaan yg miskin dan sederhana jika dibandingkan dengan negara di tanah air. Ini mengajar aku erti menghargai, bersyukur dengan segala keamanan dan kestabilan di tanah air. Sebab inilah aku memilih dan bersetuju hendak datang dan melihat sendiri keadaan masyarakat di sini. Ia akan membuat diriku berasa selesa dan lebih menghargai hidupku. Jika dibandingkan dengan negara yg lebih maju, sudah tentu perasaan ini tidak timbul.
Aku dan 9 yg lain berpeluang untuk belajar bahasa Arab di sini. Hasil cadangan oleh Ust Abu Ali dari UTP. Pengajian di sini bukanlah atas nama atau tajaan universiti tapi atas buah fikiran dan ikhtiar daripada kalangan pelajar sendiri. Setakat ini Alhamdullillah, semuanya berjalan lancar dan esok merupakan kelas yg pertama. Program ini bukanlah sekadar program bahasa Arab semata-mata malah sebenarnya peluang kepada para pelajar merasai suasana pembelajaran di sini. Walaupun aplikasi teknologi nya kurang maju jika dibandingkan di Malaysia dan kemampuan pelajar kurang dari segi kewangan untuk menampung segalanya, aku tetap menghormati keinginan dan iltizam pelajar di sini. Di dalam kehidupan yg kurang mewah jika dibandingkan dengan Malaysia, tapi semangat mereka untuk menuntut ilmu sangatlah besar. Mungkin kerana nilai ataupun pegangan untuk menuntut ilmu itu lebih murni dan ikhlas. Bukan untuk mengejar kekayaan semata-mata. Keadaan dan corak pendidikan adalah berbeza di tanah airku. Alangkah baiknya jika ini yg diamalkan di tanah airku.
Bersama rakan-rakan di sebuah kedai makan Elina bedekatan kawasan kediaman
Malioboro. Yogjakarta - teramatlah sesak

Belajar ilmu sorof di Masjid Al-Atsari
___________________________________________________________________
Pengalaman blogger semasa berada di yogjakarta akan dikongsikan dalam posting2 yang mendatang. Insyaallah. Menarik. Ya, amat menarik. Banyak kisah dan peristiwa yang aku ingin ceritakan semasa 25 hari berada di sana. Akan ku cuba ingat kembali saat itu dan aku sampaikan pada semua.
Saat yang akan ku kenangkan kembali suatu ketika nanti tatkala aku sudah berkeluarga dan mempunyai anak2 sendiri. haha.
Bye2 sinchi.
اهلان وساحلن

No comments:
Post a Comment