Aku bakal jadi graduasi universiti tidak lama lagi. Insyallah. Graduasi, ya, bakal menjadi seorang graduan universiti teknologi PETRONAS. Kejuruteraan mekanikal.
Bila aku singkap balik 5 tahun yang lepas, aku semacam tidak percaya. Menjadi seorang jurutera adalah pilihan kedua dalam senaraiku semasa di tingkatan 5 dahulu. Pada masa itu duniaku sungguh sempit sekali. Pada masa itu, aku cuma tahu beberapa profesion sahaja. Mungkin bukan aku seorang, tapi ramai lagi yang lain berfikiran serupa. Kalau tidak doktor, accountant, lawyer mahupun jurutera. Tidak banyak pilihan yang boleh aku tconsidern. Business? Aku tidak tahu pun business boleh dijadikan sebagai sebuah profession.
Setiap pilihan yang ada pun aku tidak tahu pecahannya. Sungguh sadis sekali. Bagaimana hendak membuat pilihan yang tepat. Pilihan yang sesuai dengan naluri hati ini. Aku sandarkan hala tuju kehidupan ku pada yang Maha Esa. Dialah yang penentu segala yang baik untuk diri ini.
Tapi aku tidak merasakan bahawa aku betul-betul belajar ilmu kejuruteraan sepanjang 5 tahun di sini. Urm, mungkin ada, tapi sungguh sikit sekali yang boleh ku bawa ke masa hadapan. Cuma, bagiku, mungkin pola pemikiran itu lebih kritis dan absolute.
Aku tidak boleh menyalahkan takdir. Siapa sangka pada tahun terakhir di universitiku, aku menjumpai jalan Sunnah setelah bersama rakan2 yang lain belajar bahasa Arab di Yogjakarta. Pendek cerita, selama 25 hari berada di sana, pembelajaran tauhidlah yang paling meresapi dalam jiwa ini. Tauhidlah yang membawa diri ini konsisten dalam agama. Mendapat jawapan tujuan kehidupan, bagaimana membawa hati ini dan lain2 memberi kepuasan yang amat. Tidak ada yang boleh dibanggakan selain dari itu.
Inilah yang akan ku bawa ke akhirat nanti. Pembelajaran ini menyebabkan perjalananku sebagai seorang tholibun di utp tidak sia-sia. Ya, tidak sia-sia. Maka, mungkin jika aku masuk ke universiti yg lain, mungkin aku tidak menjumpai jalan sunnah ini. Ya, jalan salafi.
Inilah jalan para ulama'.
Para Wossatul Anbia'.
Jalan yang diredhai Allah s.w.t.
Ya, hidupku di utp tidak sia2. Ada sesuatu yang aku jumpai. GPA aku boleh tahan. Jika aku memahami konsep belajar mungkin aku boleh pergi lagi jauh. Yalah, semuanya bergantung pada niat bukan. Jika niat ikhlas, Insyaallah perjalanan itu dipermudahkan. Mungkin ini yang aku perlu ingat selalu sebelum memilih mana-mana tingkatan kehidupanku. Selepas ini, nak fikir pasal career pula n it last for life. Insyaallah Allah s.w.t akan mentukan sebaik-baik takdir dalam kehidupanku. Aku hanya berserah padaNya.
Akan ku pegang teguh ajaran Sunnah. Insyaallah. Mudah2an aku dimatikan dalam keadaan Islam, beriman dan berpegang teguh pada ajaran Islam. Tergolong dalam ahli SYURGA FIRDAUS.
Moga pengakheran hidup ini tergolong sebagai Ahli Syurga Firdaus. Begitu juga dengan ahli keluargaku serta orang-orang yang teguh di atas jalan kebenaran.

will be graduating within less than 1 day.
ReplyDelete