Dah hampir seminggu di rumah. Masih ada lagi kerja yang tidak selesai. Ini membuatkan aku tidak begitu selesa. Masih ada beberapa perkara yang belum diselesaikan. Mungkin apabila perkara ini selesai barulah hatiku lega, tenang dan puas. Yang pertama, urusan FYP reportku tidak selesai lagi. Aku terpaksa bergantung kepada seorang budak di universiti untuk menyetelkan hardbound dan terus menghantarnya kepada kepada pihak2 yang berkenaan. Memang patut aku merasa risau. Yang kedua, sijil spm ku masih belum kuserahkan kepada human resource Petronas yang menginterbiuku. Masakan aku tidak risau. Tapi, Insyaallah, dia menerimanya tanpa sangka buruk sebaliknya.
Kadang-kadang aku merasakan sangat risau adakah aku akan mendapat pekerjaan yang baik selepas ini. Mana tidaknya. Semua rakan-rakanku di utp hampir sudah mendapat pekerjaan. Aku? Persoalan yang besar dalam diri ini. Bila aku memikirkan kembali hal ini, jauh di sudut hatiku, apakah perbezaan ku dengan rakan-rakan yang lain? Aku, Mohd Fikri Bin Wahi yang berhempas pulas, menghabiskan sebahagian dari waktuku untuk menelaah yang aku claimkan sebagai financial education/motivation.....mempelajari sesuatu that is not ordinary. Aku ingat lagi quote Robert T Kiyosaki di dalam buku popularnya, Rich Dad poor Dad, menyatakan bahawa only 5% of a community will know this. Iaitu seseorang yang tahu berkenaan dengan financial awareness. Berkenaan dengan membezakan asset dan liability, financial freedom dan juga rat race. Ya, rat race. Rat race inilah yang aku maksudkan.
Rat race adalah perlumbaan tikus dari seluruh dunia pada kejohanan marathon pelbagai jenis tikus di Amerika. Ternyata sebenarnya bukan ini maksudnya. Rat race itu digambarkan sebagai sekumpulan manusia yang hanya mengikut trail kebiasaan. Contohnya, selepas peringkat sekolah menengah, setiap pelajar sibuk untuk memasuki mengambil degree. Kemudian, selepas degree semua pelajar sibuk untuk memasuki alam pekerjaan. Tiada pekerjaan maknanya tiada job security, tiada nama, bank enggan meminjamkan wang kredit, tidak popular dan sebagainya. Walaupun seseorang itu tidak meminati bidang yang dia ceburi. Hanya mengikuti gelombang, di mana arus akan membawanya, di situlah dia. Maka kesedaran inilah yang aku katakan tiada di dalam fikiran dan kesedaran pada sesetengah pelajar.
Dari sudut agama pula, aku mempelajari bahawa setiap amal yang kita lakukan haruslah dimulai dengan niat ikhlas. Ya, niat ikhlas. Tiada pengakhiran yang sempurna bagi setiap permulaan yang tiada akar umbinya sebab mengapa seseorang melakukan sesuatu. ini ayatku sendiri. Tapi, point niat ikhlas adalah sangat benar. Aku mendapati sepanjang kehidupanku di utp tidak begitu bermakna. Kehidupan aku bagaikan tiada akar umbi. Tidak ada sebab mengapa aku perlu mempelajari kejuruteraan. Walaupun negara membutuhkan engineer2 yang ramai. Tapi apakah maknanya semua ini. Tiada passion dalam melakukan sesuatu ini telah menyebabkan diriku tersadai, tidak berkeyakinan dan hilang arah tuju. Seolah2 hala tuju hidupku telah ditetapkan oleh sebuah organisasi. Ya, ternyata tidak sama sekali. Aku masih di awal kehidupan ku. Cuma kehidupan selepas ini yang amat merisaukan aku. Aku harus mengetepikan sikap endah tak endah yg jugak akibat daripada zaman universitiku. Aku seharusnya lebih passionate untuk mengejar bidang yang aku sukai/gemari. Bidang sukan, tourism dan sebagainya. Aku juga bercita2 untuk mendirikan sebuah organisasi yang berupaya untuk mengeluarkan produkku sendiri dan terus maju. Contoh.
Maka inilah yang aku katakan bahawa antara perbezaan aku dengan pelajar yang lain. ku mempersoalkan dalam diriku, jika aku masih terlalu risau untuk job security, apakah maknanya. Tiada passion, maka passion akan jatuh. Aku tidak merasai kehidupan selama ini disebabkan tiada passion di dalam hidupku. Maka inilah keputusan yang sukar buatku.
Aku hanya bergantung pada ALLAH S.W.T untuk menentukan yang terbaik buat diri ini. Maka itu yang sebaik-baiknya. Insyaallah. Allah sebagai penentu masa depanku. Aku berSerah padaNya. Aku yakin dengan keputusanNya.
JIKA SESUATU PEKERJAAN ITU MENJAUHKAN AKU DARI AGAMAKU, MAKA TIDAK KU INGIN AKAN PEKERJAAN TERSEBUT. MAKA, YA ALLAH, JADIKANLAH AKU ANTARA UMMAT MUHAMMAD YANG TERBAIK YANG DAPAT MEMBERI SUMBANGAN PADA AGAMA KHASNYA, MASYARAKATKU.
YA ALLAH, BERIKANLAH AKU REZEKI DI MANA DENGAN REZEKI TERSEBUT AKU BOLEH BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT DAN MELAKUKAN PEKERJAAN TERSEBUT DENGAN PENUH ILTIZAM DAN SEMANGAT, MEMPUNYAI HALA TUJU YANG BAIK, DAN MEMBUATKANKU FOCUS, DAN MERASAI KEHIDUPAN. MEMPUNYAI VISI DAN MISI YANG JELAS. ITULAH MINTAKU. PERKENANKAN PERMINTAANKU SESUNGGUHNYA KEPADA ENGKAU SAHAJALAH AKU BERMOHON DAN BERHARAP.
HAMBAMU YANG MEMOHON PETUNJUK DARIMU YA ALLAH.
INSAN DENGAN NAMA MOHD FIKRI BIN WAHI. SALAH SEORANG HAMBA YANG SENTIASA MEMERLUKAN KEHADIRANMU DALAM KEHIDUPANNYA.
Sunday, June 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment