Sunday, July 11, 2010

Aku tidak lagi seorang penganggur. Insyaallah. Dalam beberapa hari lagi aku akan mendapat pekerjaan yang aku yakin akan mengarah aku kepada rezki yang tidak ku sangka2kan. Aku ingin mencapai impianku sebagai seorang yang mempunyai harta sendiri. Berusaha sendiri. Aku tidak nampak bahawa aku akan menjadi seorang jurutera yang sangat berjaya. Bukan apa, mungkin tidak begitu berminat. Aku lebih sukakan sesuatu yang lebih absolute. Yang membawa aku kepada perolehan duit yang lebih bebas. Tidak terikat dengan apa2 perjanjian. Kerana aku rasakan itulah lebih baik dan akan lebih mendidik diri ini lebih berwibawa untuk bercakap, dan mempunyai keyakinan yang tinggi. Beberapa minggu lagi aku mungkin akan melalui kehidupan yang paling sukar dalam kehidupanku.

Mudah2an apa yang aku buat ini adalah ibadah di sisi Allah s.w.t. Allah s.w.t tidak akan membiarkan hambanya begitu sahaja tanpa ada apa2 pelan untuk individu tersebut. Allah s.w.t Maha Penyayang.

Pelan kehidupan aku yang berikutnya bergantung daripada proses developement aku dalam masa 2 bulan lagi. Insyaallah kalau berjaya, aku dapat mengusahakan tanah terbiar dengan hasil tanaman. Bila sudah mendapat capital investment daripada servis penjualan Mystar ini. Aku kena plan betul2. Insyaallah.

Aku berdoa lagi agar Allah s.w.t sentiasa bersama2 aku untuk mengharungi kehidupan ini. Cabaran dari segenap penjuru.

Aku hanya berharap kepadaMu ya Allah. Maka tunjukkanlah aku hidayahMu agar mempunyai perasaan yg positif, dan kelakuan yang sesuai dengan bidang yg aku ceburi ini. Hanya Engkau sahajalah yg mengetahui apa yg tersirat di dalam Hati ini.

Ya, Allah Engkaulah tuhan sekalian alam. hambaMu ini berharap hanya kepadaMu. Tunjukkanlah hambaMu yg daif ini kepada Jalan kebenaran. Ajaran IslamMu.

No comments:

Post a Comment